
Sedaqah
Sedaqah merupkan amalan yang mulia. Ianya tidak hanya diakui oleh agama Islam malah semua agama yang ada. Secara fitrah akalnya manusia yang sihat akan menyetujui amalan bersedeqah merupakan suatu tuntutan kemanusiaan
yang tidak boleh diabaikan.
yang tidak boleh diabaikan.
Dalam agama Islam telah disyariatkan sedaqah terbahagi kepada dua. Sedaqah Wajib dan juga Sedaqah Sunat.. Sedaqah Wajib terdiri dari : Zakat harta dan Zakat fitrah. Dari cabang zakat harta pula terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya, harta milik, tanaman, perniagaan, dan ternakan . Kedua ialah sedaqah sunat, ia pul a merupakan segala cabang kebajikan yang dihulurkan berupa apa sahaja seperti harta benda, tenaga, ilmu, kemahiran, fikiran malah amal ibadah yang dilakukan serta zikir yang dilafazkan juga merupakan sedaqah disisi Allah swt. Seringgan-ringgan sedaqah ialah memaniskan atau menceriakan wajah serta memberikan senyuman yang ikhlas antaranya kepada ahli keluarga dan teman-teman (setentu sejenis).
Peranan dan Kesan Sedaqah
Bersedaqah mampu melahirkan sifat kasih sayang, redha, syukur, ihsan dan simpati kepada mereka yang dalam kekurangan dan dalam keadaan lemah. Ia juga boleh mengukuhkan ukhuwah, serta menjalin kerjasama saling bantu membantu antara sesama manusia.
Selain dari akhlak-akhlak mulia yang boleh tertanam dalam jiwa mereka yang bersedeqah, sedeqah juga mampu menghindar kita dari kebinasaan didunia serta terlepas atau terlindung dari azab neraka. Kita perlu yakin kerana terdapat dalil-dalil dari Al Quran dan Hadith dari Baginda Rasullullah saw. Dibawah ini saya datangkan dalil-dalil bagi menyakinkan serta menguatkan iman kita agar kita senantiasa mengharap akan keredhaan Allah swt.
Dari Kitab Riyadhus Shalihin Oleh Imam Nawawi, Jilid 1. Bab:60 tajuk "Murah Hati dan Dermawan Serta Membelanjakan Dalam Arah Kebaikan Dengan Percaya Penuh Kepada Allah swt."
1 Allah Swt berfirman dalam Surah Saba’ ayat: 39.
"Wa ma anfaqtum min shaien fahuwa yukhlifuhu."
Maksudnya;
"Dan apa saja yang engkau semua nafkahkan, maka Allah swt akan menggantikannya."
2 Allah Swt berfirman dalam Surah Al Baqorah ayat: 272. maksudnya.
"Dan sesuatu yang baik – dari rezeki – yang engkau semua nafkahkan itu adalah untuk dirimu sendiri dan engkau semua tidak menafkahkannya melainkan kerana mengharapkan keridhaan Allah swt., juga sesuatu yang baik yang engkau semua nafkahkan itu, niscaya akan dibayar (diganti) kepadamu dan tidaklah engkau semua dianiaya."
Allah Swt berfirman dalam Surah Al Baqorah ayat: 273. maksudnya.
"Dan apa jua (sesuatu yang baik) berupa apapun juga yang engkau semua nafkahkan, maka sesungguhnya Allah swt adalah Maha Mengetahui."
3 Dari Abu Hurairah ra pula bahawasanya Rasullullah saw bersabda;
"Allah Ta’ala berfirman dalam Hadith Qudsi: ” Belanjakanlah hartamu, pasti engkau diberi nafqah – harta oleh tuhan."
4 Dari ’Adi bin Hatim ra. Bahawasanya Rasulklullah saw bersabda,
"Takutlah engkau semua dari siksa api neraka, sekalipun dengan menyedekahkan sepotong kurma"
(HR: Mutafaqun ’alaih)
5 Dari Jabir ra, katanya:
"Tidak pernah sama sekali Rasullullah saw itu dimintai sesuatu, kemudian beliau berkata "Jangan"
Dalil-dalil dari Kitab: Pedoman Mendekatkan Diri Kepada Allah oleh Imam Hafiz Al Munziri dalam bab: Anjuran Untuk Bersedeqah (Berderma) bagi Kepentingan Kebaikan , ms: 230 - 232.]
6 Maksud hadith dari Abu Hurairah ra., ia berkata,
Rasullullah saw telah bersabda: "Tiada hari melainkan pasti ada dua Malaikat yang turun dari langit. Malaikat pertama berkata:
"Allahummah A’thi munfiqan Khalafan" maksudnya "Ya Allah berikanlah pengganti kepad orang yang bersedaqah"
Sedang Malaikat kedua pula berkata:
"Allahumma a’thi mumsikan talafan" yang bermaksud "Ya Allah turunkanlah kebinasaan kepada orang-orang yang bakhil."
(HR:Hadith Bukhari dan Muslim)
Penjelasan Hadith
Seorang muslim yang setiap hari mengeluarkan sedaqah, maka ada satu Malaikat yang senantiasa mendoakan kebaikkan bagi dirinya. Doa yang diucapkan oleh kedua Malaikat sepanjang hari, baik diwaktu pagi mahupun petang ialah permohonan kepada Allah swt. agar si pemberi itu mendapat ganti dari Allah swt. Sebaliknya sesaorang yang bakhil (tidak memberi sedaqah) maka Malaikat yang satu lagi mendoakan agar dibinasakan hartanya.
Sebagai seorang muslim hendaklah kita berusaha agar kita boleh bersedaqah dengan ikhlas dari harta yang halal pada setiap hari walaupun dengan belahan (separoh ) kurma. Anjuran ini mendidik agar kita, senantiasa mendapatkan barkah doa yang baik dari Malaikat sepanjang hari.
7 Maksud Hadith dari Ibnu Mas’ud ra. dia berkata:
Sebagai seorang muslim hendaklah kita berusaha agar kita boleh bersedaqah dengan ikhlas dari harta yang halal pada setiap hari walaupun dengan belahan (separoh ) kurma. Anjuran ini mendidik agar kita, senantiasa mendapatkan barkah doa yang baik dari Malaikat sepanjang hari.
7 Maksud Hadith dari Ibnu Mas’ud ra. dia berkata:
Nabi saw masuk kerumah Bilal dan didapati semagkok kurma. Lalu Baginda bertanya: "Barang apa ini Bilal?" Aku persiap untuk tamu-tamu ku. Lalu Baginda bersabda: "Tidakkah kamu takut kelak wahai Bilal dan janganlah engkau khuatir menjadi kekurangan dari pemberian Tuhan yang memiliki Arasy".
(HR: Al Bazaar dengan sanad Hasan) juga diriwayatkan oleh Thabrani.
Penjelasan Hadith
Seorang muslim yang dikunjungi tamu dan kemudian ia menyediakan makanan atau minuman untuk menjamu tamu itu kerana Allah swt, maka ia akan diselamatkan dari api neraka. Oleh sebab itu seorang muslim tidak boleh bersifat kikir untuk menyajikan makanan dan minuman untuk para tamu, terutama apabila ia berkamampuan, sekira tidak jamulah walaupun dengan air putih dan sebutir makanan yang sangat sederhana sekalipun. Ini kerana makanan dan minuman yang diberikan kepada tamu adalah merupakan perisai yang mampu menjauhkan dirinya dari bara (bahang) api neraka kelak diakhirat.
Dari dalil-dalil diatas merupakan antara banyak lagi dalil mengenai anjuran agar kita bersikap bermurah hati atau dermawan agar kita beroleh manfaatnya. Terutama bersedaqah dibulan yang mulia ini Ramadhan Al Mubaraq. Disana terdapat hadith yang mana Rasullullah saw di bulan Ramadhan menghulurkan sedaqahnya seperti tiupan angin. (terlalu pemurah) malah Beliau tidak pernah menyimpan makanan untuk hari esok baik untuk diri dan keluarganya.
Kita perlu mendidik diri kita serta ahli keluarga kita agar dapat mengamalkan amalan yang baik ini. Kerana terlalu banyak kebaikkan yang boleh diraih didunia mahupun diakhiart. Dengan amalan bersedaqah ianya mampu memperbaiki sifat tamak dan bakhil yang sedia ada dalam diri manusia (sifat cinta harta) Selain dari itu ia juga boleh melepaskan diri manusia itu dari azab api neraka diakhirat kelak.
Sekian Wassallam
Norayah Binti Osman
5 September 2009.
Assignment 1, DPI IT Mod.2
Norayah Binti Osman
5 September 2009.
Assignment 1, DPI IT Mod.2

No comments:
Post a Comment